TERMS AND CONDITIONS DROPSHIP BSA 2023

Kami, BY SARAH AHMAD SDN BHD, yang bertempat di 33-1 Lorong Dataran Wangsa 1, 53300 Kuala Lumpur (dikenali sebagai BSA) ingin mengucapkan terima kasih atas minat dan keinginan anda terhadap produk kami dan ingin menjadi sebahagian daripada Dropship kami. Sebagai Dropship kami, anda akan diberi keistimewaan-keistimewaan tersendiri yang akan diumumkan dari semasa ke semasa. Ini adalah terma dan syarat yang perlu dipatuhi bertujuan untuk mengawal perhubungan antara BSA dan DROPSHIPERS untuk memastikan kemudahan kesemua pihak dan transaksi urus niaga.

  1. Dropshipper akan diberi manfaat diskaun 10% bagi setiap jualan barang(harga barang normal) dan 5% bagi setiap jualan (harga barang promosi atau mark down).
  2. Setiap Dropshipper yang berdaftar akan diberikan kod ID yang SAH dan dengan adanya kod ini ianya akan mengisytiharkan bahawa anda telah membaca, memahami dan menerima setiap terma dan syarat yang telah ditetapkan secara sepenuhnya.
  3. Untuk menjadi Dropshipper tetap kami, anda perlu mencapai sasaran jualan minimum RM100 untuk 3 bulan pertama dan anda akan layak untuk menjadi Dropshipper tetap kami.
  4. Untuk kekal aktif menjadi Dropshipper tetap kami, anda dikehendaki mencapai sasaran jualan minimum RM500 sebulan.
  5. Setiap Dropshippers perlu untuk menjaga nama baik, reputasi, dan status By Sarah Ahmad dalam menjalankan urusan jual beli Bersama pelanggan.
  6. Pihak BSA mempunyai hak dan kuasa penuh untuk menamatkan perkhidmatan dropshipper yang tidak aktif atau tidak mencapai sasaran jualan minimum selama 3 kali berturut-turut.
  7. Untuk setiap permohonan untuk membuka semula akaun Dropshipper yang tidak aktif akan dikenakan caj sebanyak RM200.
  8. Setiap Dropshipper hanya dibenarkan untuk membuat transaksi di atas talian (online) sahaja.
  9. Setiap Dropshipper perlu like, follow, dan subscribe setiap laman media social By Sarah Ahmad seperti Facebook Page, Instagram, Tiktok, Youtube Channel, dan Telegram untuk mendapatkan maklumat terkini dan perkembangn semasa By Sarah Ahmad.
  10. Setiap Dropshipper perlu berada di dalam group Whatsapp untuk memudahkan perhubungan dengan pihak HQ dan Telegram untuk mendapatkan alatan pemasaran seperti poster, gambar, video, dan sebagainya.
  11. Adalah dimklumkan bahawa pihak BSA mempunyai hak penuh untuk mengubah sebarang Terma dan Syarat dari semasa ke semasa mengikut pada kesesuaian keadaan, dan akan dimaklumkan dengan kadar segera kepada pihak Dropshippers.
  12. Dropshippers diminta untuk sentiasa melawati laman web bysarahahmad.com atau laman media social kami untuk sentiasa mengikuti perkembangan semasa, sebarang info, dan promosi terbaru.
  13. Jika anda mempunyai sebarang pertanyan tentang Terma dan Syarat.

TERMA DAN SYARAT AM PRODUK BSA

BSA berjanji bahawa semua produk yang diterangkan dan ditawarkan di laman web www.bysarahahmad.com dan di mana-mana laman media social rasmi BSA yang lain adalah betul pada masa diterbitkan dan diiklankan. BSA tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang perubahan warna disebabkan perbezaan seperti yang terdapat dalam computer, tablet, atau telefon bimbit anda. BSA juga berjanji untuk memperbetulkan segala kesilapan atau maklumat yang salah (jika ada) pada kadar segera dan mengemas kini Dropshipper sewajarnya.

  1. Dropshippers perlu membuat pesanan terus dengan log masuk ke laman web kami dengan menggunakan kod ID dropship yang telah diberikan.
  2. Ketersediaan produk adalah pada asas “siapa cepat dia dapat” dan “sementara stok masih ada” dengan merujuk butiran produk di laman web BSA (bysarahahmad.com).
  3. Dropshipper dianggap telah faham butiran produk seperti harga, ukuran, warna, dan penerangan produk tersebut sepanjang melangsungkan jualan masing-masing.
  4. Dropshippers perlu memastikan setiap butiran maklumat pelanggan seperti nama, alamat, nombor telefon, jenis produk, kuantiti produk, dan butiran pembayaran adalah betul.
  5. Pihak BSA tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan maklumat yang disampaikan oleh Dropshippers kepada pelanggan atau kesilapan oleh Dropshippers dalam proses membuat pesanan.
  6. Dropshippers perlu mengambil perhatian terhadap kos penghantaran untuk setiap item. Pelanggan dikehendaki membuat bayaran penuh (jumlah harga barang dibeli + kadar penghantaran yang ditetapkan).

TERMA DAN SYARAT AM PENGHANTARAN PRODUK BSA

  1. Pihak Warehouse BSA akan memproses penghantaran barang hanya mengikut berdasarkan butiran yang diberikan oleh Dropshippers semasa membuat pesanan di dalam website sahaja.
  2. Setiap pesanan yang dibuat hanya akan diproses pada keesokan hari. Sekiranya pesanan dibuat pada hari Jumaat, Sabtu, dan Ahad, pihak Warehouse akan memproses pesanan tersebut pada hari Isnin minggu berikutnya.
  3. Kos penghantaran melalui pos adalah seperti berikut:
  • Semenanjung: RM7
  • Sabah Sarawak: RM14
  • Luar negara: mengikut kadar timbang berat
  1. Sekiranya pelanggan meminta Dropshippers memilih penghantaran melalui pos, pihak Warehouse BSA akan memaklumkaan anggaran jangka masa penghantaran produk tersebut kepada pihak Dropshippers (bergantung kepada syarikat perkhidmatan penghantaran yang digunakan).
  2. Adalah dinasihatkan untuk memberitahu pelanggan tempoh penghantaran adalah dalam tempoh 3-5 hari bekerja (semenanjung) dan 7-14 hari bekerja (Sabah, Sarawak, luar Malaysia) bergantung kepada syarikat perkhidmatan penghantaran.
  3. Sekiranya Dropshippers memilih untuk mengambil sendiri, pihak BSA akan memaklumkan Dropshippers mengenai tarikh, masa dan tempat untuk pengambilan sendiri.
  4. Sekiranya pelanggan memilih untuk COD (Cash on Delivery), pihak Dropshippers boleh memilih COD ketika membuat pesanan dalam website. Pihak BSA akan menggunakan J&T atau Ninjavan atau syarikat penghantaran lain mengikut pada kehendak pelanggan.
  5. Caj tambahan COD sebanyak RM6 akan dikenakan terhadap pelanggan. (harga barang + harga pos + harga COD.
    Contoh: harga barang RM100 + harga pos semenanjung RM7 + harga COD RM6 = RM113).

Pihak BSA tidak akan bertanggungjawab untuk kesilapan penghantaran disebabkan alamat yang salah atau butiran penghantaran yang tidak lengkap. Sila pastikan setiap maklumat dan butiran adalah betul sebelum hantar pesanan di dala

Our customer support team is here to answer your questions. Ask us anything!